Time: 3:03 pm - 4:01 pm (58 minutes)
Venue: National Monument at Kuala Lumpur
TUGU NEGARA
Pembinaan Tugu Negara telah diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1963 sebagai memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan mempertahankan kedaulatan negara termasuk mereka yang terdahulu. Kawasan yang dikhaskan untuk Tugu Negara meliputi tanah seluas kira-kira 48,562 meter persegi menghala ke Taman Tasik. Kompleks tugu ini mengandungi lima komponen utama iaitu Tugu Negara, kolam air pancut, astaka, tugu peringatan dan taman tambahan.
Tugu ini dibina dengan tujuh patung gangsa yang melambangkan kemenangan pasukan tentera menghadapi musuh. Reka bentuk tugu ini telah diilhamkan oleh seorang pengukir berbangsa Amerika, Felix De Weldon dan siap dibina pada awal tahun 1966. Upacara perasmiannya telah diadakan pada 8 Februari tahun yang sama. Mulai dari itu, upacara tahunan untuk memperingati pejuang yang gugur telah diadakan di sini.
Sebelum ini sebuah tugu telah didirikan berhampiran dengan stesen kereta api selepas Perang Dunia Pertama berakhir, untuk memperingati para pejuang yang gugur semasa peperangan tersebut. Perbarisan ringkas diadakan di sisi tugu peringatan ini pada setiap 11 November. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, nama-nama pejuang yang terkorban telah ditambah pada tugu peringatan tersebut sehingga digantikan dengan Tugu Negara yang ada sekarang.
NATIONAL MONUMENT
The idea for the construction of the National Monument was mooted by the then Prime Minister of Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj in 1963 to commemorate the warriors who died defending the sovereignty of the country. An area measuring 48,562 square metres facing the Lake Gardens was set aside for its construction. The monument complex encompasses five main components, the National Monument, fountains, pavilion, a war memorial and the surrounding gardens.
The monument
























