2018年5月7日星期一

Majlis Penyerahan Kunci, Skim MyHome, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru

Majlis Penyerahan Kunci, Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin.

Tarikh: 6 Mei 2018 (Ahad)

Masa: Bermula 10:00 pagi

Tempat: Berhadapan AEON Bandar Dato' Onn

Sebanyak 1,000 unit kediaman di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) Bandar Dato' Onn, menjadi projek pertama siap di negara ini dan boleh diduduki.

MyHome Bandar Dato' Onn dibangunkan oleh Johor Land Bhd (JLand), syarikat Kumpulan Johor Corporation (JCorp) yang memulakan pembinaan pada Ogos 2014, membabit kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM 172 juta.

Harga jualan kediaman MyHome Bandar Dato' Onn itu adalah bernilai RM 172,000, bagaimanapun Johor Corporation (JCorp) memberi subsidi bernilai RM 73,000.

Menerusi skim MyHome Kerajaan Persekutuan akan memberikan insentif berjumlah RM 30,000 dan penerima hanya perlu membayar RM 69,000 sahaja daripada RM 172,000 bagi seunit rumah.

Setiap unit kediaman MyHome Bandar Dato' Onn dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan, dan dapur serta dilengkapi dengan kabinet dapur dan kemasan jubin di setiap bilik serta ruang tamu.


Rujukan: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/337148/1000-myhome-pertama-siap-di-jb


2020年8月27日,星期四,#D-10-20 银行拍卖价从 RM 120,000 开始起跳

2024年1月30日,星期二,11 am,#C-11-08 银行拍卖价从 RM 210,000 开始起跳
  • Market Value: RM 300,000
  • Rental: RM 1,300
  • Auction price start from RM 210,000
    • RM 210K - RM 212K
    • 3 Bidders (850 SQ FT)
  • RM 247.06 psf
  • Loan Amount: RM 189,000
    • 4% Interest Rate; 30 years Loan Tenure
  • Est. Monthly Repayment: RM 902 / month
    • RM 282 Principal
    • RM 619 Interest

没有评论:

发表评论

注意:只有此博客的成员才能发布评论。