2023年3月8日星期三

Kes Kemalangan Dapat Bayaran Perkeso (tak bayar cuti sakit)

Kes PERKESO membabitkan kemalangan di tempat kerja, perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja, majikan berhak untuk memilih tidak membayar gaji atau cuti sakit kerana bayaran berkala PERKESO.

Semasa cuti PERKESO ini, bayaran di bawah tanggungan PERKESO hasil dari mencarum bulanan PERKESO sebagai suatu insurans pekerjaan wajib.

Sebagai pilihan majikan boleh memberi pinjaman dalam bentuk pendahuluan gaji sebagai perbelanjaan harian sepanjang tempoh cuti sakit di bawah PERKESO seperti diperuntukkan di bawah seksyen 22 Akta Kerja 1955 [Akta 265].

Pinjaman ini pula boleh didapatkan kembali melalui potongan gaji pekerja setelah pekerja sihat dan kembali berkerja. Ia adalah potongan sah di bawah seksyen 24 Akta Kerja 1955



Learning:

Employment Act 1955 is only applies to Peninsular Malaysia and Federal Territory of Labuan.

Borneo state's at East Malaysia such as Sabah and Sarawak will continue to operate within the scope of Sabah Labour Ordinance 1950 and Sarawak Labour Ordinance 1952

没有评论:

发表评论

注意:只有此博客的成员才能发布评论。